Friday, October 7, 2016



ISU SEMASA



TASIK CINA (Rantau Panjang) - Kerjasama penduduk bersama pemimpin, berjaya membaiki jalan dalam masa singkat, semalam.
        
        Adun Gual Periok, Mohamad Awang berkata, beberapa jalan Tasik Cina sepanjang 50 meter dibaiki menggunakan simen.
        
        Menurutnya, kaedah simen lebih tahan lama kerana ia melibatkan penggunaan ribuan penduduk dari lebih 100 kampung.
        
        “Bantuan RM3,300 daripada kerajaan negeri menerusi Pejabat Adun Gual Periok, digunakan sepenuhnya untuk membaiki jalan yang rosak akibat banjir hujung tahun lalu.
        
        “Disebabkan jalan ini adalah antara laluan utama penduduk jadi ia dibaiki segera. Sebelum ini, kami menerima laporan serta rungutan penduduk setempat kerana terpaksa meredah jalan berlubang sehingga boleh menyebabkan kerosakan kenderaan serta mengundang risiko
        kemalangan,” katanya.
        
        Mohamad berkata, langkah membaiki dengan gotong-royong dilihat memberi hasil yang lebih baik, malah mengurangkan kos upah.
        
        Menurutnya, kualiti yang setanding dengan hasil kerja kontraktor juga menyebabkan jalan terbabit boleh digunakan lebih lama biarpun selepas banjir akan datang.
        
        Sementara itu, penduduk, Ismail Othman, 41, berkata, sebelum ini kaedah baiki jalan secara gotong-royong di kampung lain, menarik minat penduduk di sini untuk turut sama menggunakan teknik itu.

        “Biarpun ia sudah lama dipraktikkan, namun selepas melihat hasil jalan yang baik, lebih ramai penduduk turun padang untuk membantu,” katanya.






TELUK INTAN 18 Nov. – Kira-kira 300 penduduk Taman Sri Manggis, Jalan Laksamana dekat sini bersama-sama menghadiri program gotong-royong bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Taman Sri Manggis dengan kerjasama Kolej Komuniti Teluk Intan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Restoran Mastan dan Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen kawasan ini, Datuk Dr. Mah Siew Keong.
Siew Keong berkata, kawasan ini berhadapan dengan masalah penularan wabak denggi yang serius.
Jadi, katanya, penganjuran program gotong-royong ini dipercayai mampu membantu memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk setempat supaya menjaga kebersihan kawasan penempatan seterusnya mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang merupakan ejen pembawa denggi.

“Kes demam denggi di daerah ini memang serius. Ramai penduduk tempatan diserang denggi dan dimasukkan ke hospital kerana kawasan perumahan mereka tidak bersih serta dipenuhi semak-samun.

“Jadi, saya menggesa penduduk di kawasan ini supaya membersihkan rumah masing-masing supaya tidak menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes,“katanya ketika ditemui pada program gotong-royong berkenaan.
Mengulas lanjut, Siew Keong memberitahu, pihak MPTI juga perlu kerap meninjau serta membuat pemeriksaan terhadap rumah termasuk yang terbiar bagi mengelakkan menjadi sarang nyamuk aedes.

“Apa gunanya rumah kita cantik dan besar tetapi tidak besih dan menjadi tempat nyamuk aedes membiak,“jelas beliau.

No comments:

Post a Comment