Friday, October 7, 2016

KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
    Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalan lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan,longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sebenarmya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.


   Bak kata pepatah melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sam dijinjing’. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggungbelanja perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong royong, kesan gotong royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahuan pembangunan insan.

No comments:

Post a Comment