LANGKAH-LANGKAH
MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Situasi seperti ini adalah amat memalukan,
namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu
yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini
diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring
dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama
masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan
dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu
yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi
muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti
Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para
pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat
melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan
sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan.
Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien
dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan
kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu
inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang
ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat
membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah
(UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas
terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi
pujian.
No comments:
Post a Comment