USAHA-USAHA
MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha
berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua
pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam
masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya
dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada
berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan
peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan
mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat
memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih
Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh
dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan,
tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat
meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata
peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
terima diatas perkongsian .
ReplyDeleteBagaimana kita nak pastikan isi tersurat dan tersirat dalam karangan ini...
ReplyDelete